GB SKAM

GB SKAM
PN HJH CHE INDON BT OSMAN

ALUAN GURU BESAR

Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurniaNya maka kita dapat menghasilkan Perancangan Strategik 2011 – 2013 yang akan digunakan sebagai panduan untuk meneruskan tugas kita sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan Air Merah. Penghasilan Perancangan Strategik 2011-2013 ini adalah selaras dengan Visi dan Misi yang kita laungkan bersama.

Diharap tahun 2011 ini akan menjanjikan lebih banyak kejayaan kepada sekolah ini dari segi kurikulum, kokurikulum mahupun peningkatan sahsiah pelajar selaras dengan tranformasi yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sehubungan dengan visi sekolah, kita amat berharap agar sekolah ini akan tersenarai sebagai salah sebuah sekolah yang diiktiraf oleh kementerian iaitu menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada tahun-tahun yang akan datang.

Dalam menuju ke arah perkembangan dunia pendidikan yang serba mencabar ini, diharap Perancangan Strategik 2011-2013 yang diterbitkan ini dapat sedikit sebanyak membantu para guru untuk menguruskan perjalanan aktiviti harian sekolah ini dengan sebaik mungkin bersandarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara.

Tinggilah harapan kita agar usaha-usaha yang kita laksanakan hari ini akan melahirkan generasi muda yang berilmu, berketrampilan, berdaya saing, mempunyai jati diri yang kukuh dan seterusnya mampu menyumbang tenaga demi kegemilangan agama, bangsa dan negara.

Sekian. Terima kasih.

HJH CHE INDON BINTI OSMAN

GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN AIR MERAH

SUDUT INFORMASI (HEBAHAN)

  1. PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011 > 16 - 20 OKTOBER 2011 (AHAD - KHAMIS).
  2. PERKHEMAHAN PERDANA SKAM TAHUN 5 DAN 6 > 20 - 22 OKTOBER 2011 (KHAMIS - SABTU).
  3. LAWATAN SKAM KE SINGAPURA