GB SKAM

GB SKAM
PN HJH CHE INDON BT OSMAN

ALUAN GURU BESAR

Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurniaNya maka kita dapat menghasilkan Perancangan Strategik 2011 – 2013 yang akan digunakan sebagai panduan untuk meneruskan tugas kita sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan Air Merah. Penghasilan Perancangan Strategik 2011-2013 ini adalah selaras dengan Visi dan Misi yang kita laungkan bersama.

Diharap tahun 2011 ini akan menjanjikan lebih banyak kejayaan kepada sekolah ini dari segi kurikulum, kokurikulum mahupun peningkatan sahsiah pelajar selaras dengan tranformasi yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sehubungan dengan visi sekolah, kita amat berharap agar sekolah ini akan tersenarai sebagai salah sebuah sekolah yang diiktiraf oleh kementerian iaitu menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada tahun-tahun yang akan datang.

Dalam menuju ke arah perkembangan dunia pendidikan yang serba mencabar ini, diharap Perancangan Strategik 2011-2013 yang diterbitkan ini dapat sedikit sebanyak membantu para guru untuk menguruskan perjalanan aktiviti harian sekolah ini dengan sebaik mungkin bersandarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara.

Tinggilah harapan kita agar usaha-usaha yang kita laksanakan hari ini akan melahirkan generasi muda yang berilmu, berketrampilan, berdaya saing, mempunyai jati diri yang kukuh dan seterusnya mampu menyumbang tenaga demi kegemilangan agama, bangsa dan negara.

Sekian. Terima kasih.

HJH CHE INDON BINTI OSMAN

GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN AIR MERAH

Isnin, 13 Jun 2011

KEM SKOR 5A UPSR,DI KAMPUNG RAGA YAN

TARIKH : 11 HINGGA 13 MEI , 2011
TEMPAT : KPG RAGA, YAN DAN TANJUNG DAWAI

1.0 LATAR BELAKANG
     
        PROGRAM INI MERUPAKAN USAHA SEKOLAH DALAM MEMBANTU PELAJAR DARI SEGI PRAKTIKAL SUPAYA DAPAT MEMATANGKAN MEREKA DAN MELALUI PROSES PEMBELAJARAN SECARA REALITI. ADALAH MENJADI ASPIRASI SEKOLAH SUPAYA DAPAT MELAHIRKAN PELAJAR YANG SEIMBANG DARI SEGI JASMANI, EMOSI, ROHANI DAN INTELEKTUAL. MAKA PROGRAM INI BUKAN SETAKAT BERMATLAMAT UNTUK MELAHIRKAN PELAJAR YANG CEMERLANG DALAM UPSR MALAH DAPAT MEMANTAPKAN JIWA PELAJAR DARI SEGI SAHSIAH DAN KEROHANIAN.

2.0 RASIONAL 

      2.1 MEMBIMBING PELAJAR DARI SUDUT PRAKTIKAL BERKAITAN DENGAN   
           SETIAP MATA PELJARAN TERAS SUPAYA LEBIH BERSEDIA MENGHADAPI  
           UPSR.

      2.2 MEMBINA KEYAKINAN DIRI UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR 
           MELALUI LATIHAN PRAKTIKAL.

     2.3 MEMANTAPKAN SAHSIAH PELAJAR MELALUI PEMBELAJARAN SOSIAL 
          YANG DITERAPKAN DI DALAM MODUL KEM.

    2.4 MEMBINA KEMAHIRAN KENDIRI MELALUI PROSES PEMBENTANGAN KERJA 
         DAN MERASAI SENDIRI BAGAIMANA UNTUK BERHADAPAN DENGAN 
         SITUASI  YANG SEBENAR.

3.0 OBJEKTIF
    
      SETELAH PESERTA MENYERTAI KEM MOTIVASI KEPIMPINAN INI, PARA  
      PESERTA AKAN:
      
     3.1 BERKEYAKINAN UNTUK MENGHADAPI PEMBELAJARAN DALAM KELAS DAN 
           BAGAIMANA UNTUK MENGADAPTASIKAN APA YANG DIPELAJARI SEMASA 
           MENJAWAB PEPERIKSAAN.

     3.2 BERKEMAMPUAN UNTUK MENGHADAPI SITUASI SEBENAR DAN 
          MEMPRAKTIKKAN APA YANG DIPELAJARI DI SEKOLAH.

     3.3 CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN UPSR DENGAN DILENGKAPI PAKEJ 
          YANG MENCAKUPI KEMAHIRAN SOSIAL, KENDIRI DAN KEPIMPINAN.

     3.4 BIJAK MENYEIMBANGKAN EMOSI DAN ROHANI BAGI MENGHADAPI 
          CABARAN YANG LEBIH BESAR DI HARI MUKA.